Utusan Malaysia-YPC taja biasiswa RM1 juta PUTRAJAYA 3 Mac 2010- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan skim Biasiswa Utusan-Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) bernilai RM1 juta kepada 200 pelajar kurang berkemampuan bagi melanjutkan pelajaran ke Kolej YPC. Menurut Pengasas dan Pengerusi YPC, Datuk Syed Ali AlHabshee, tajaan biasiswa yang dilaksanakan sempena 10 tahun penubuhan yayasan itu akan diberikan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 khususnya dari golongan berpendapatan rendah. ''Objektif skim ini ditujukan kepada pelajar yang mendapat keputusan sederhana, sekurang-kurangnya lima kredit dan daripada keluarga berpendapatan rendah.' 'Pelajar yang terpilih akan diberikan biasiswa sebanyak RM5,000 bagi menjalani pengajian peringkat asas kursus Perniagaan dan Teknologi Maklumat selama setahun di Kolej YPC," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran skim biasiswa itu di sini hari ini. Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerjasama YPC dan akhbar Utusan Malaysia itu dimeterai melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh Muhyiddin di kementeriannya di sini hari ini.Utusan Malaysia diwakili oleh Pengurus dan Pengarang Pendidikannya, Wahid Hashim manakala YPC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej YPC, Dr. Noel Robert. Hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak. Syed Ali berkata, pemberian biasiswa tersebut adalah mengikut gagasan konsep 1Malaysia iaitu terbuka kepada semua kaum melibatkan pelajar kurang berkemampuan dari seluruh negara. Beliau berkata, melalui sebuah jawatankuasa bersama, YPC dan Utusan Malaysia akan mengenal pasti pelajar yang layak menerima biasiswa berkenaan.''Tawaran biasiswa itu juga akan disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia mulai bulan ini melibatkan sesi pengambilan April ini. ''Pemberian biasiswa itu dibuat secara berperingkat dengan sesi ini disasarkan seramai 50 orang akan dipilih dan proses itu berjalan sehingga mencapai jumlah 200 orang pelajar," katanya. Katanya, pelajar yang terpilih itu berpeluang melanjutkan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi e-Perniagaan dan Pengurusan dengan kerjasama Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom. Katanya, YPC kini mempunyai 700 pelajar dan jumlah itu akan tingkatkan kepada 4,000 orang apabila kampus utama Kolej YPC di Taman Maluri, Cheras bernilai RM32 juta siap hujung tahun ini. Beliau berkata, sepanjang 10 tahun penubuhan YPC, sebanyak RM7 juta telah dikeluarkan bagi membantu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan. Sebelum ini YPC bekerjasama dengan Utusan Malaysia dalam program teknik dan strategi menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM menerusi portal pendidikan Utusan Malaysia. (Utusan Malaysia 4 Mac 2010) 252 PELAJAR MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PMR 2009 16 Januari 2010 - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang PMR 2009 untuk kali kesembilan berturut-turut sejak tahun 2001 lagi. Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai ‘A’ dalam semua subjek di samping untuk dijadikan contoh atau ‘role model’ kepada pelajar-pelajar lain supaya mencapai kecermelangan dalam bidang pelajaran. .jpg) Menurut Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, pihaknya percaya program sedemikian juga akan dapat menyuntik semangat pelajar untuk belajar lebih tekun lagi,
“Di samping memberi penghargaan atas usaha mereka, majlis ini juga menjadikan contoh kepada pelajar lain untuk belajar dengan lebih gigih lagi,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Cemerlang PMR 2009, di Dewan Utama Pusat Rekrasi Cheras.
Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi Syukor dan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak.
.jpg) .jpg)
Seramai 252 pelajar telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, setiap mereka yang memperolehi keputusan 9A akan menerima RM200, 8A, RM150 dan 7A, RM100.
Sementara itu, empat sekolah terpilih sebagai sekolah terbaik, kategori sekolah kawalan dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara dengan peratusan 34.19 peratus dan seramai 80 pelajar yang mendapat kesemua A dan mereka menerima RM1,000 berserta sijil penghargaan diikuti kedua SMK Seri Bintang Selatan seramai 80 pelajar juga dengan peratusan 30.08 peratus menerima RM750 berserta sijil penghargaan.
Manakala bagi Kategori Sekolah Bukan Kawalan dimenangi oleh SMK Perempuan Pudu dengan 17 pelajar turut menerima RM1,000 berserta sijil penghargaan dan kedua ialah SMK Convent Jalan Peel seramai 15 pelajar dengan hadiah RM750 dan sijil penghargaan.
Syed Ali juga berharap akan berlaku peningkatan dari tahun ke tahun supaya sekolah-sekolah di bahagian Cheras ini terus unggul menjadi yang terbaik di Malaysia.
PELABURAN JANGKA PANJANG UNTUK KECEMERLANGAN BOLASEPAK MALAYSIA DI PERINGKAT ASIA DAN DUNIA 21 Disember 2009. Yayasan Pendidikan Cheras mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontigen Bolasepak Negara Bawah 23 Tahun atas kejayaan memenangi Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA 2009 di Laos. Sesungguhnya, kejayaan Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 di perlawanan akhir menandakan ‘titik permulaan’ kebangkitan bolasepak negara di peringkat ASEAN. Ia juga membuktikan bahawa Malaysia tidak ketandusan pemain bolasepak yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Yayasan Pendidikan Cheras mencadangkan kepada Kerajaan supaya membuat pelaburan jangka panjang untuk memperkasakan skuad bolasepak negara bukan sahaja di peringkat ASEAN malah memburu cita-cita supaya menjadi pasukan bolasepak yang disegani di rantau Asia dan juga peringkat dunia. MEWUJUDKAN SEKOLAH BOLASEPAK MALAYSIA DI LUAR NEGARA. Persatuan Bolasepak Malaysia perlu berani membuat perubahan drastik ke atas sistem latihan skuad bolasepak negara bagi mencapai cita-cita rakyat Malaysia yang ingin melihat pasukan negara bersaing di peringkat yang lebih tinggi daripada rantau ASIA TENGGARA seterusnya layak bertanding ke Sukan Olimpik dan matlamat utamanya bertanding di pertandingan Piala Dunia. KENAPA PERLU WUJUDKAN SEKOLAH BOLASEPAK MALAYSIA DI LUAR NEGARA 1. FAKTOR IKLIM Faktor sejarah membuktikan bahawa majority negara yantg handal dalam permainan bolasepak datangnya daripada negara yang mempunyai iklim cuaca yang sejuk / sederhana sejuk seperti Sepanyol, German, Perancis, England, Itali ( negara Eropah), manakala Argentina, Brazil, Uruguay ( negara Amerika Latin ) dan Jepun serta Korea ( Negara Asia ). Faktor cuaca adalah penting kerana manusia cepat merasa letih dan tidak kreatif apabila berada dalam suhu yang panas dan ini merupakan fitrah seorang manusia. Contoh ‘output’ seorang pelajar yang belajar di dalam suasana yang panas dan tidak kondusif adalah ‘rendah’ berbanding dengan pelajar yang berada dalam suasana yang kondusif. Apabila kita berada dalam suasana yang kondusif, maka kreativiti akan meningkat dan seterusnya menghasilkan ‘output’ yang cemerlang. Bagi permainan bolasepak, negara yang mempunyai cuaca sejuk mempunyai ‘kelebihan’ untuk mengadakan latihan di atas padang dalam tempoh yang lebih panjang dan lama berbanding dengan negara yang bercuaca panas. Bagi negara-negara bercuaca panas yang handal dalam bolasepak di negara Afrika, pemain pemain mereka kebanyakannya bermain dengan kelab – kelab bolasepak yang berada di negara sejuk. 2.. PENDEDAHAN BERMAIN DENGAN PASUKAN YANG LEBIH KOMPETITIF Negara-negara Eropah mempunyai lebih banyak liga bolasepak di peringkat umur dan ini merupakan satu pendedahan yang amat baik bagi pasukan bolasepak ‘cilik’ negara. Pemain ‘cilik’ negara mendapat pendedahan awal untuk bersaing dengan pemain dengan yang mempunyai saiz fizikal yang lebih besar. 3. PEMILIHAN PEMAIN Persatuan Bolasepak Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan mengadakan pemilihan untuk memilih 20 hingga 30 pelajar berusia 12 tahun yang berbakat besar dalam permainan bolasepak untuk di hantar ke Sekolah Bolasepak Malaysia di luar negara pada setiap tahun ( kriteria utama pemain yang dipilih mestilah mempunyai skil menggelecek bola mengatasi lawan ) Terpulang kepada Kerajaan untuk memilih negara yang sesuai bagi mewujudkan Sekolah Bolasepak Malaysia, asalkan negara tersebut mempunyai iklim cuaca yang sejuk / sederhana sejuk dan mempunyai reputasi cemerlang dalam pembangunan bolasepak remaja. 4. PEMANTAUAN PRESTASI PEMAIN Pemain yang terpilih untuk menyertai Sekolah Bolasepak Malaysia di luar negara akan dipantau prestasi pada setiap tahun. Pada usia 15 tahun, pemain yang berada di luar negara ini perlu mengadakan pertandingan persahabatan dengan pemain bolasepak 15 tahun dalam negara (Malaysia) supaya kita dapat melihat keberkesanan program ini dan dijadikan sebagai satu kayu pengukur ( benchmark ). Jika ada pemain Sekolah Bolasepak Malaysia Luar Negara yang tidak melepasi tahap skil dan stamina yang ditetapkan, pemain ini boleh di ganti dengan pemain yang lebih berpotensi dan berbakat daripada skuad bolasepak 15 tahun dalam negara (Malaysia). 5. MEMBENTUK ‘TEAM WORK’ YANG MANTAP Pasukan Sekolah Bolasepak Malaysia Luar Negara ini akan berada dalam satu pasukan untuk tempoh jangkamasa yang panjang ( sejak berusia 13 tahun ) dan ini dapat membentuk ‘team work’ yang mantap tambahan lagi mereka sudah serasi dan mengenali rakan rakan sepasukan. KESIMPULAN Program seumpama ini tidak pernah di adakan oleh Kerajaan ataupun Persatuan Bolasepak Malaysia. Jika adapun, pemain bolasepak di hantar ke luar negara dalam tempoh masa yang singkat dan bukannya bermula pada usia 13 tahun. Justeru, inilah masanya negara kita mengambil langkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita yang diidamkan oleh rakyat Malaysia iaitu pasukan bolasepak negara setanding dengan pasukan handal di negara Asia, Olimpik dan juga dunia. Datuk Wira Syed Ali Alhabshee Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS SEDIAKAN INSENTIF KHAS UNTUK SEKOLAH DAN PELAJAR CEMERLANG DALAM SUKAN 21 Disember 2009 – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menyahut seruan Kerajaan yang inginkan setiap golongan masyarakat berperanan dalam melahirkan ahli sukan yang cemerlang di peringkat sekolah sebagai pelapis kepada jaguh-jaguh sukan negara. Pada hari ini SMK Seri Permaisuri Kuala Lumpur menerima sumbangan RM5,000.00 dan sijil penghargaan daripada YPC atas kejayaan menjadi juara keseluruhan olahraga MSSMKL Zon Pudu bagi tiga tahun berturut-turut iaitu 2007, 2008 dan 2009. Sumbangan ini merupakan pengiktirafan badan NGO kepada sekolah yang cemerlang dalam sukan dengan harapan kecemerlangan ini akan berterusan dan semua pihak berusaha lebih gigih untuk mencipta rekod sukan di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Selain daripada penghargaan kepada sekolah, YPC juga menyediakan insentif khas kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sukan di peringkat kebnagsaan dan antarabangsa. Senarai pelajar yang menerima wang tunai dan sijil penghargaan ialah seperti berikut : | Nama / Sekolah | Pencapaian | 1. Ahmad Khidir Syafiq b. Zulkarnain ( SMK Seri Permaisuri ) 2. Nur Fahmi b. Mohd Pauzee ( SMK Seri Permaisuri ) 3. Nur Syasya Syazwina bt Azman ( SMK Seri Permaisuri ) 4. Shah Rezha b. Abd Samat ( SMK Seri Permaisuri ) 5. Shafie b. Azli ( SMK Seri Permaisuri ) 6. Muhammad Syafwan b. Syahlan ( SMK Seri Permaisuri ) | Mewakili skuad bolasepak negara Bawah 17 tahun ( 2009 ) Pingat Emas Bolasepak MSSM Bawah 15 tahun Pingat Emas Bola Jaring MSSM Bawah 15 tahun Pingat Perak olahraga merentas desa MSSM Pingat Perak Bolasepak MSSMBawah 18 tahun Pingat Perak Bolasepak MSSMBawah 18 tahun |
Penyampaian sumbangan ini disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Sulaiman Wak. KAMPUS BARU KOLEJ YPC DIJANGKA SIAP DISEMBER 2010 Cheras 6 Disember 2009 - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) hari ini melakar satu lagi peristiwa bersejarah yang mana majlis upacara pecah tanah ‘Kampus Baru’ Kolej YPC telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi di tapak pembinaan No. 30, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras. Sesungguhnya, kampus baru Kolej YPC akan menjadi ‘simbolik titik permulaan’ untuk pihak pengurusan pentadbiran serta tenaga pengajarnya merancang dan berusaha lebih gigih bagi mencapai objektif Kolej YPC khususnya dan Kementerian Pengajian Tinggi amnya dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berdaya saing.
“ Kolej YPC merangkak dari bawah. Kami bermula pada tahun 2001 dengan pelajar seramai 50 orang dan beroperasi menerusi bangunan rumah kedai satu lot, dua tingkat di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras. Kami melalui pahit getir, susah payah dengan penuh semangat dan tabah. Kami berjaya tambah bilangan pelajar sedikit demi sedikit kepada 150 pelajar , 300 pelajar, 500 pelajar dan sehingga hari ini mencapai jumlah 700 pelajar dengan menyewa bangunan rumah kedai empat lot empat tingkat….” ujar Syed Ali, Pengerusi YPC. Turut hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu ialah Penaung YPC Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Ahmad Fuad Ismail, Ketua Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Dato’ Syed Ahmad, Ahli Lembaga YPC Dato’ Seri Yahya Jalil, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur En. Sulaiman Wak, Ketua Eksekutif Kolej YPC Dr. Noel Robert dan Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Tan Sri Tee Hock Seng. Pembinaan Kampus Baru Kolej YPC menelan belanja RM 32 juta termasuk kos tanah dan fasiliti dengan keluasan saiz binaan 112,000 kaki persegi dan dijangka siap pada bulan Disember 2010. Kampus itu juga mengandungi lima tingkat dengan pelbagai kemudahan dan dapat menampung jumlah pelajar seramai 4,000 orang.
Di bangunan sedia ada sekarang ini, Kolej YPC hanya menawarkan satu kursus di peringkat Sijil, dua kursus di peringkat Diploma dan satu kursus di peringkat Ijazah. Apabila kampus baru siap kelak, Kolej YPC akan menawarkan lebih banyak kursus iaitu tambahan tujuh lagi kursus Ijazah, empat kursus Diploma dan satu lagi kursus Asas. Kursus sedia ada sekarang
Foundation In Business & Information Technology Diploma In Business & Information Technology Diploma In Accountancy Degree In e-Business Technology & Management (3+0) program berkembar dengan LJMU, UK. Tambahan kursus | Asas | Diploma | Ijazah | | Foundation In Science | Diploma In Science | Degree In Accounting | | | Diploma In Management | Degree In Business | | | Diploma In Entrepreneurship | Degree In Management | | | Diploma In Hotel Managemet | Degree In Entrepreneurship | | | | Degree In Hotel Management | | | | Degree In IT and Multimedia | | | | Degree In Computer Animation and Visualization |
Kolej YPC menyediakan peluang pendidikan kepada golongan pelajar yang kurang mampu, kerana yuran pengajian adalah sederhana dan berpatutan. Pelajar yang mengikuti program ‘Foundation’ ataupun Kursus Asas dan mencapai keputusan lima ‘Credit’ dalam peperiksaan SPM akan diberi biasiswa penuh satu tahun pengajian. Kolej YPC memperuntukkan sebanyak RM 500,000 hingga RM 1 juta untuk Biasiswa Penuh tersebut. Selain itu, semua pelajar di Kolej YPC diberi satu unit Komputer Riba atau Lap Top percuma setiap seorang untuk menggalakkan para pelajar mengguna dan mengaplikasikan ICT dalam pembelajaran. Kolej YPC telah lama mengamalkan Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Y.A.B, Dato Seri Najib Tun Razak. Kolej YPC menyemai konsep ini sejak 2001 lagi dengan adanya pelajar bumiputera 60%, pelajar Cina 20% dan pelajar India 20%. Bermula pada 12 Disember 2009, pada setiap hari Sabtu, Kolej YPC bersama Yayasan Pendidikan Cheras akan mengadakan Program Kelas Bimbingan percuma untuk pelajar SPM 2010. Seramai 120 pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah akan mengikuti kelas bimbingan percuma bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas bimbingan ini juga berdasarkan konsep 1Malaysia, kerana melibatkan pelajar melayu, Cina dan India. Buat masa ini Kolej YPC hanya boleh keluarkan sijil dan diploma sahaja. Untuk kursus Ijazah pula, Kolej YPC perlu mengadakan kerjasama dengan universiti luar negara dan Ijazah dikeluarkan oleh universiti luar negara. Program kerjasama degan universiti luar negara menelan belanja yang amat tinggi. Ramai pelajar Kolej YPC terpaksa menamatkan pengajian di peringkat Diploma dan mencari peluang pekerjaan, walaupun sebenarnya mereka berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah. Oleh sebab itu Kolej YPC akan memohon untuk mendapatkan status ‘Kolej Universiti’ supaya Kolej YPC dapat mewujudkan program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang ‘tersendiri’. Tambahan lagi, lebih banyak kursus akan ditawarkan dengan kos berpatutan dan mampu dibayar oleh pelajar. Juga selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang berilmu dan berpendidikan atau Malaysian as knowledge workers. TERAPKAN FORMULA 5S DI TABIKA KEMAS – AHMAD MASLAN Kuala Lumpur – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad Maslan menggariskan formula ‘5S’ untuk diterapkan di Tabika KEMAS dalam usa kerajaan melahirkan generasi para-sekolah yang berilmu dan berwawasan. Katanya, lima formula tersebut ialah solat, semangat, sungguh-sungguh, same-same dan sistematik. “Saya berharap guru-guru atau penyelia tabika serta ibu bapa dapat menjadikan formula 5S ini sebagai salah satu daripada kegiatan bersepadu untuk melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas.” katanya. Menurut beliau, anak-anak di peringkat para-sekolah perlu ditanamkan dengan sifat-sifat berani dan percayakan kebolehan diri dengan mengutamakan amalan tersebut. Katanya, amalan mengerjakan solat, bersemangat untuk maju, bersungguh-sungguh atau komited dalam pembelajaran, sentiasa bersama bermuafakat dan sistematik akan menjadi dorongan kepada mereka yang maju. “ Di peringkat pra-sekolah, anak-anak perlu dilatih dan diberikan keyakinan diri sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya memberikan lebih perhatian dan tumpuan kepada ank-anak dalam proses pembesaran supaya pergerakan mereka sentiasa terkawal. Ahmad Maslan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mini Konvokesyen Tabika KEMAS Parlimen Cheras 2009 yang diadakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras (PRC), 7 November lalu. Sempena majlis tersebut, seramai 30 orang pelajar tabika menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2009. 215 PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH ANGKAT YPC CAPAI ‘5A’ UPSR 2009 20 November 2009 – Yayasan Pendidikan Cheras meneruskan tradisi Anugerah Cemerlang UPSR apabila seramai 215 pelajar yang mencapai ‘5A’ UPSR 2009 diraikan dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Kompleks Sri Bintang dengan dihadiri seramai 500 orang termasuk Ibu Bapa dan Guru. 
Setiap pelajar menerima wang tunai RM 50.00 dan sijil penghargaan. Empat sekolah terbaik berdasarkan jumlah peratus pelajar mencapai ‘5A’ turut menerima anugerah. Bagi kategori Sekolah Kawalan, tempat pertama jatuh kepada SK Seri Bintang Utara (34.85%) dan tempat kedua jatuh kepada SK Seri Bintang Selatan (16.7%). Manakala kategori Sekolah Bukan Kawalan, tempat pertama disandang SK Seri Mega (31.8%) dan tempat kedua dimenangi SK Taman Midah 1 (20.57%). Untuk kedua-dua kategori sekolah, tempat pertama menerima hadiah RM 1,000.00 dan sijil penghargaan manakala tempat kedua menerima hadiah RM 750.00 dan sijil penghargaan.
“ Saya ucap tahniah kepada semua pelajar yang mencapai 5A semoga anda semua akan menjadi ‘role model’ ataupun contoh kepada pelajar-pelajar lain dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran” ujar Dato’ Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam ucapan beliau. MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SMK (P) PUDU BERJAYA KUMPUL DANA RM 140,000 SMK (P) Pudu telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal pada 29 Oktober 2009 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras bertujuan untuk mengutip dana sekolah. Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berjaya mengumpul dana berjumlah RM 140,000 menerusi jualan meja kepada lebih 1,000 tetamu yang hadir. “ Yayasan Pendidikan Cheras merasa bangga kerana persembahan pelajar sekolah pada malam ini melambangkan konsep Satu Malaysia di mana melibatkan pelajar berbangsa Melayu, Cina dan India….” ujar Syed Ali. Tegas beliau lagi, perpaduan bangsa dapat diperkukuhkan sekiranya amalan konsep Satu Malaysia ini dapat di sahut oleh semua pihak khususnya di peringkat sekolah lagi. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, En. Sulaiman Wak dan Yang Di Pertua PIBG SMK (P) Pudu, Datuk Tan Koon Teck. PELAJAR DI SARAN JANGAN ABAIKAN IBU BAPA DI HARI TUA SMK Seri Bintang Utara telah mengadakan majlis Graduasi Tingkatan 5 bertempat di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2009 bertujuan untuk menghargai jasa dan sokongan ibu bapa kepada pelajar dan sekolah dalam mendidik dan memberi panduan kepada pelajar ke arah melahirkan insan yang berpendidikan dan bersahsiah tinggi. “ Selain kejayaan akademik, perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah penguasaan dalam pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi serta mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah….” Kata Pengerusi YPC semasa merasmikan majlis. 

Tambah beliau lagi, apabila pelajar telah dewasa dan berjaya nanti, mereka jangan mengabaikan ibu bapa sebaliknya berikan penuh kasih sayang kepada ibu bapa yang telah berkorban demi anak-anak. Beliau rasa sedih kerana jumlah bilangan rumah orang-orang tua di Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan, ini bermakna anak-anak ‘rela’ ibu bapa mereka tinggal di rumah orang-orang tua dan ‘trend’ ini cukup membimbangkan dalam institusi kekeluargaan. Sempena majlis tersebut YPC akan membantu sekolah dalam menyediakan ‘jubah graduasi’ serta intensif kepada pelajar yang mencapai keputusan ‘A’ dalam semua subjek SPM 2009. 
371 PELAJAR TERIMA BANTUAN HARI RAYA 2009 10 September 2009 – Yayasan Pendidikan Cheras ( YPC ) telah menganjurkan Majlis Bantuan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan pada 10hb September 2009 di Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel. Seramai 371 pelajar telah menerima bantuan Hari Raya sebanyak RM 100.00 seorang beserta barang makanan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Y.A.Bhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman isteri kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.  Ketibaan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di sambut dengan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W  Sumbangan Hari Raya diagihkan kepada 36 sekolah-sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras  Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras sentiasa prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan “ Saya berharap kerja-kerja amal kebajikan yang dilakukan oleh YPC ini akan di contohi oleh badan-badan NGO lain, khususnya yang ada di Kuala Lumpur. Pada saya, YPC sudah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia untuk memupuk perpaduan antara kaum di samping mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat” ….ujar Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Majlis tersebut turut dihadiri oleh En. Jamaludin Abdullah, Timbalan Pengarah Pelajaran Zon Pudu-Bangsar, Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Angkat YPC, Jawatankuasa UMNO Bahagian 4 Peringkat dan penduduk setempat. 
Antara tetamu jemputan yang hadir untuk memeriahkan majlis 
Puan Sri Noorainee Abdul Rahman beramah mesra bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Angkat YPC 
Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendukung salah seorang penerima bantuan kategori OKU adik Nurul Antashah pelajar tahun 1 SK Seri Bintang Utara KEM JATI DIRI MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR
26 Julai- Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Portal Pendidikan Utusan Malaysia telah menganjurkan Program Motivasi dan Teknik Skor A UPSR 2009 bertempat di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Kuala Lumpur. Program tersebut telah disertai oleh Sekolah-Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras dan anak-anak ahli UMNO Bahagian Cheras dimana penyertaan ialah seramai 176 peserta. Program tersebut yang bermula seawal jam 7.30 pagi berakhir jam 5.00 petang yang turut dihadiri Kira-kira 200 ibu bapa. Majlis penutupnya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yusoff Bin HM Haniff, Setiausaha Politik kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri. KEM JATI DIRI MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR 2 Julai 2009 – Seramai empat puluh pelajar tahun 4,5 dan 6 daripada SK Yaacob Latif 2 menyertai kursus kem Jati Diri 2009 pada 2 hingga 4 Julai 2009 bertyempat di padang SMK Yaacob Latif. Tujuan kem jati diri adalah untuk membentuk disiplin pelajar menanam sifat rasa bertanggungjawab dan bekerjasama di dalam kumpulan, melatih pelajar untuk berdikari dan yang lebih penting untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa nanti.
‘Adalah menjadi harapan Yayasan Pendidikan Cheras semoga pelajar-pelajar yang menyertai kem jati diri ini, satu hari nanti akan menjadi seorang pelajar yang berjaya dan boleh menyumbang kepada masyarakat’ ujar Datuk Mahadi Hj. Abdul Shukor yang telah merasmikan program tersebut pada 2 Julai 2009. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah En. Zaini Hj. Md. Isa yang Di Pertua PIBG, Puan Hjh. Wan Patanah Wan Ali selaku Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan serta AJK PIBG sekolah. Kem Jati Diri ini beralngsung selama 3 hari 2 malam dan para pelajar akan terlibat dengan pelbagai aktiviti yang menarik yang disusun rapi merangkumi unsure-unsur kerohanian, motivasi belajar, pengurusan diri, gotong-royong dan latihan dalam kumpulan. SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR TUAN RUMAH KEJOHANAN HOKI BAWAH 16 TAHUN BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 Kuala Lumpur, 27 Jun – Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Sekolah Berasrama Penuh adalah bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam bidang hoki untuk diketengahkan sebagai pelapis pasukan hoki Negara. Itulah harapan yang dilahirkan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam ucapan perasmian Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan. Majlis perasmian diadakan pada 26 Jun 2009 di SM Sains Selangor dengan dihadiri oleh semua kontinjen yang mengambil bahagian. Beliau menegaskan bahawa walaupun matlamat penjuangan untuk menang perlu diterapkan, namun semangat berpasukan yang benar-benar jitu dan padu banyak membantu mencapai kejayaan dan impian. Tugas dan tanggungjawab ‘team player’ sangat penting, menang atau kalah sesebuah pasukan adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan setiap individu dalam kumpulan.
Pada majlis tersebut juga, beliau mengingatkan kepada setiap pemain agar menerapkan semangat kesukanan yang tinggi dan menanam sifat positif. Elakkan sikap mudah kecewa dan putus asa dalam setiap perlawanan. Mengakhiri ucapan, beliau merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan majlis yang penuh gilang gemilang ini. .jpg) .jpg)
WAJIB LULUS BAHASA INGGERIS DI PERINGKAT SPM Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) ucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi ruang kepada semua pihak untuk memberikan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus matapelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bahasa Inggeris berkembang begitu pesat dan menjadi bahasa paling berpengaruh pada zaman moden serta digunakan sebagai bahasa rasmi dan separuh rasmi di 60 buah negara. Bahasa Inggeris menjadi wahana perhubungan antarabangsa dalam hubungan diplomatik, urusan perniagaan, seminar atau persidangan dan sebagainya. Anggaran kasar jumlah penutur bahasa Inggeris di seluruh dunia ialah antara 700 juta hingga satu billion orang. Jumlah ini akan terus melonjak dengan mengambil kira penekanan yang diberikan oleh negara China terhadap Bahasa Inggeris, yang mana negara China mempunyai paling banyak penduduk di muka bumi iaitu 1.3 bilion orang. Biarpun Kementerian Pelajaran memberi penekanan kepada subjek Bahasa Inggeris, ianya tidak harus dilihat dari sudut ‘negatif’ tetapi perlu dilihat sebagai satu nilai tambah untuk menjadikan bangsa Malaysia lebih berdaya saing, lebih berilmu dan mudah untuk memasuki pasaran pekerjaan sama ada di dalam negara atau di luar negara. Bahasa Malaysia masih kekal sebagai bahasa rasmi negara dan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia mestilah konsisten dan tidak boleh dilihat ‘terkebelakang’ daripada Bahasa Inggeris. Inilah perkara yang kadang-kadang kurang difahami ataupun kurang jelas bagi sesetengah pihak. Untuk langkah jangka panjang, Yayasan Pendidikan Cheras bersetuju dengan lontaran idea Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri mengenai isu mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris sebagai pra syarat untuk lulus SPM. Walaubagaimanapun, untuk berlaku adil kepada pelajar luar bandar, Kementerian Pelajaran janganlah terlalu radikal dan ‘tergesa-gesa’ untuk melaksanakan dasar tersebut. Kementerian Pelajaran perlu rapatkan dahulu jurang prasarana pendidikan , ICT dan yang berkaitan dengannya antara sekolah di bandar dan luar bandar, atasi masalah kekurangan guru yang mahir mengajar Bahasa Inggeris di luar bandar, mantapkan lagi kaedah P&P Bahasa Inggeris supaya lebih menarik, mudah, seronok untuk dipelajari oleh murid dan juga diajar oleh guru. Apabila semua perkara di atas telah dapat dipenuhi maka mudahlah rakyat di segenap lapisan masyarakat memahami, meyakini dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap dasar yang ingin dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bak kata pepatah ‘siapkan payung sebelum hujan’ serta elakkan masalah yang bakal timbul umpama pepatah ‘rumah dah siap, pahat masih berbunyi’. PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2009 DARIPADA PENGERUSI YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS SYUKUR kepada Allah Subhanahu Wataala sekali lagi kita dapat bersama dalam usaha mengukuhkan tekad untuk terus menjana tanggungjawab demi kepentingan anak bangsa. Bersempena Hari Guru yang disambut pada setiap 16 Mei, saya amat berbangga kerana warga pendidik terus dihargai sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang tiada ternilai. Pemilihan tema Sambutan Hari Guru untuk tahun 2009 ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ merupakan satu pengiktirafan yang berterusan kepada profesion perguruan. Sesungguhnya kasih sayang warga pendidik yang dipupuk di sekolah-sekolah merupakan tunas yang akan melahirkan generasi berilmu, yang bakal membentuk tamadun bangsa. Selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), saya yakin warga pendidik khususnya dalam lingkungan 36 sekolah-sekolah angkat akan menjadikan sambutan Hari Guru pada tahun ini sebagai pencetus semangat untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Jadikanlah tahun ini sebagai tahun yang menjanjikan seribu kejayaan walaupun adakalanya para guru terpaksa mengharungi cabaran berliku dan dugaan getir dalam usaha menyalurkan perkhidmatan yang terbaik. Saya sentiasa menaruh keyakinan kepada warga pendidik sebagai golongan yang amat dihargai, disayangi dan dihormati setiap masa kerana sentuhan merekalah yang menjadikan anak bangsa kita sebagai warganegara yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Justeru itulah, YPC sentiasa komited kepada pelan pembangunan pendidikan khususnya di sekolah-sekolah di dalam kawasan Parlimen Cheras dengan harapan hubungan dua hala yang sekian lama terjalin akan berterusan menjadi pemangkin kepada pembangunan sumber manusia. Yayasan Pendidikan Cheras menyalurkan sumbangan kepada setiap Sekolah Angkat (YPC) untuk meraikan Hari Guru 2009 sebanyak RM500.00 hingga RM1,000.00 bergantung kepada bilangan guru di sesebuah sekolah. YPC juga menghadiahkan kek Hari Guru kepada semua Sekolah Angkat YPC. Yayasan Pendidikan Cheras akan terus menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah angkat YPC daripada semasa ke semasa untuk berbagai-bagai aktiviti dan program selaras dengan hasrat dan misi YPC untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu, berketrampilan dan berdaya saing. Sempena Hari Guru, marilah kita perkuatkan tekad semangat dan iltizam untuk menjadi warga pendidik yang sentiasa maju dari hari ke hari. Selamat Hari Guru! DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE
SM SAINS ALAM SHAH KUALA LUMPUR CATAT SEJARAH TINGKAT PRESTASI STRAIGHT ‘A’ SPM 2008 Cheras, 28 April – SM Sains Alam Shah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang SPM 2008 kali ke-6, bertempat di Dataran ASiS, SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan sejak tahun 2004 ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008 di samping mengumpul dana bagi mengisi tabung Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG). Dana yang terkumpul akan digunakan untuk melengkapkan prasarana sekolah, membantu pelajar-pelajar miskin dan menganjurkan program-program kecemerlangan akademik. .jpg) Majlis perasmian dan penyampaian anugerah cemerlang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Bahagian Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hajah Noor Rezan di dalam ucapannya berkata, kejayaan SM Sains Alam Shah amat membanggakan apabila kebanyakan daripada pelajarnya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti ternama di luar negara. Beliau juga berharap PIBG dan para ibu bapa akan terus memberikan sokongan kepada sekolah kerana tanggungjawab melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja terletak di bahu pihak sekolah. .jpg) Terdahulu Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) telah menyumbang dana sebanyak RM26,800.00 kepada pihak sekolah bagi menjayakan majlis tersebut. Seramai 17 pelajar yang mencapai keputusan ‘Straight 1A’ dalam SPM 2008 menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.00, pen dan sijil, manakala seramai 95 pelajar yang mencapai ‘Straight A’ menerima hadiah wang tunai sebanyak RM150.00, pen dan sijil. Yayasan Pendidikan Cheras juga menyumbang sebanyak RM5,000.00 atas kejayaan SM Sains Alam Shah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan SPM 2008 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tempat ke-3 kebangsaan manakala RM5,000.00 lagi bagi Kelab Guru sebagai menghargai sumbangan guru-guru dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang ini juga diserikan dengan persembahan nasyid, zapin, nyanyian solo dan dikir barat oleh pelajar-pelajar ASiS. Kemuncak daripada persembahan malam tersebut adalah dengan kehadiran penyanyi Ezlynn yang memukau hadirin pada malam tersebut dengan nyanyian dua buah lagu popular beliau. Sesungguhnya, Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang 2008 ini banyak meninggalkan nostalgia abadi kepada semua pelajar dan hadirin yang hadir pada malam tersebut.  KOLEJ TEKNOLOGI YPC-iTWEB TAMBAH JURUSAN MANTAPKAN KUALITI SISTEM PENDIDIKAN Kuala Lumpur, 19 April - Kolej Teknologi YPC-iTWEB telah mengadakan konvokesyen kali ke-5 yang berlangsung di Hotel Legend baru-baru ini dengan meraikan seramai 140 graduan di majlis yang penuh gilang gemilang. Majlis konvokesyen disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Y.B Dato’ Saifudin Abdullah dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kolej YPC-iTWEB Y.B Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee, Y.Bhg. Dato’ Seri Yahya A. Jalil, Ahli Lembaga Yayasan Pendidikan Cheras, Dr. Noel Robert, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi YPC-iTWEB, Y.Bhg Major (B) Van Weng Hong dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan para ibu bapa. .jpg)
Pada majlis tersebut, Pengerusi Kolej YPC di dalam ucapan aluannya berkata Kolej Teknologi YPC mempunyai pelbagai jurusan yang mendapat pengiktirafan daripada MQA. Kolej YPC telah menambah program-program baru contohnya di dalam bulan Mac yang lalu, Kolej YPC telah menandatangani MOU dengan Liverpool John Moores University dengan menawarkan dua lagi program ijazah iaitu Bachelor Honours Information Technology and Multimedia dan Bachelor Honours Animation and Visualisation. Program-program ini akan dilaksanakan sebaik sahaja Kolej mendapat kelulusan daripada pihak MQA dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. .jpg) Beliau juga memaklumkan bahawa Kolej YPC akan memulakan pembinaan kampus baru di No. 30, Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras pada bulan Julai 2009. Kampus ini bakal mempunyai 5 tingkat dengan keluasan 120,000 kaki persegi dan boleh menampung seramai 3000 pelajar dan pelan pembinaan Kolej YPC telah dihantar ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sementara itu, Dato’ Saifudin di dalam ucaptamanya berkata penganugerahan diploma pada hari graduasi adalah simbolik kepada pencapaian seseorang di mana mereka adalah individu yang lebih berpengetahuan, berkeyakinan, bertoleransi, berdaya saing dan beretika. Oleh yang demikian, generasi muda haruslah sedar bahawa mereka merupakan pewaris dan harapan kepada kemajuan dan pembangunan negara serta bertanggungjawab dalam melahirkan masyarakat yang produktif, berintelektual dan beriltizam tinggi.
Harapan beliau kepada graduan muda yang bakal memasuki dunia pekerjaan supaya bersedia untuk bekerja keras, penuh daya inisiatif dan sentiasa melihat peluang-peluang yang terbuka di depan mata untuk meneroka potensi diri. Pesanan beliau sebelum mengakhiri ucapan ialah rakyat yang baik haruslah tahu untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan menjadi rakyat yang bertanggungjawab, tahu membezakan perkara baik dan buruk dengan pertimbangan yang bijaksana. Selain itu mereka haruslah berkeyakinan untuk bersuara dan bertindak untuk kebaikan, bertoleransi menerima kepercayaan anggota masyarakat yang lain, serta paling penting mempamerkan tingkah laku yang baik dan mengambil berat tentang masyarakat yang kurang berupaya. .jpg) Pengerusi YPC menyampaikan cenderahati tanda terima kasih kepada Dato' Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi SEKOLAH ANGKAT YPC CATAT PENINGKATAN STRAIGHT ‘A’ SPM 2008 Cheras, 24 Mac – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2008 kali ke-8, bertempat di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan sejak tahun 2001 ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan ‘A’ dalam semua subjek di samping menjadikan contoh atau ‘role model’ kepada pelajar-pelajar lain supaya mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran. .jpg)
Hadir menyempurnakan perasmian dan seterusnya menyampaikan anugerah ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom. Turut hadir ialah Pengerusi YPC, Y.B Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee. Dato’ Alimuddin semasa bercakap kepada pemberita dalam sidang media berkata, YPC berjaya menjadikan matlamat penubuhannya sebagai perangsang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar di bawah naungannya melalui program Sekolah Angkat. Perkara ini menurutnya menjadi faktor kepada keberkesanan melahirkan modal insan yang terbaik untuk negara. .jpg)
Seramai 79 pelajar yang mencapai keputusan ‘Straight A’ dalam SPM 2008 menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.00, 2 buku motivasi dan sijil penghargaan sebagai insentif kepada pelajar cemerlang. Sementara itu, seorang pelajar cemerlang kategori OKU turut dinobatkan di dalam majlis yang sama. Pada majlis tersebut, YPC juga memberi penganugerahan kepada empat (4) sekolah daripada Sekolah-Sekolah Angkat YPC terpilih untuk menerima anugerah berdasarkan peratusan pelajar yang mencapai keputusan ‘A’ dalam semua subjek. Anugerah disampaikan melalui dua kategori. Kategori Sekolah Kawalan yang menyandang tempat pertama iaitu SMK Seri Bintang Selatan (12.26 peratus) menerima RM1,000.00 dan sijil penghargaan sementara SMK Seri Bintang Utara (10.59 peratus) jatuh ke tangga kedua dengan menerima RM750.00 serta sijil penghargaan. Bagi Kategori Sekolah Harian Biasa, SMK (P) Pudu membolot tempat pertama dengan 2.43 peratus dan menerima RM1,000.00 serta sijil penghargaan dan SMK Puterijaya memperolehi 2.24 peratus dan menerima RM750.00 beserta sijil penghargaan. .jpg)  
SEKOLAH ISTIMEWA DAPAT PERUNTUKAN SAMA RATA Kuala Lumpur, 4 Mac- Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini telah menyumbangkan sebuah bas dan van sekolah kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Jalan Batu bagi membantu keperluan pengangkutan warga pentadbir dan pelajar-pelajar istimewa sekolah tersebut. Bagi mengucapkan syukur di atas sumbangan oleh Kementerian, pihak sekolah telah mengadakan majlis perasmian sumbangan bas dan van sekolah yang disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Y.B Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee. Guru Besar, Encik Ahmad Baki Bin Musli ketika ucapan aluannya berkata, pihak sekolah amat bersyukur dan berbesar hati dengan sumbangan yang diterima oleh Kementerian Pelajaran di mana Kerajaan sangat prihatin dengan keperluan pendidikan dan semua sekolah diberi perhatian secara sama rata, tambahan pula murid-murid sekolah beliau hanyalah mempunyai seramai 25 orang murid dan 18 orang guru. Tambah beliau dengan adanya bas dan van sekolah, ini akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar istimewa meningkatkan prestasi diri dalam bidang akademik dan pihak sekolah merancang untuk mengadakan beberapa sesi lawatan sambil belajar dengan memanfaatkan kemudahan yang diterima. .jpg) Sementara itu Pengerusi YPC semasa berucap pada majlis perasmian berkata, SK Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Jalan Batu walaupun mempunyai jumlah murid yang kecil, tetap memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan daripada pihak ibu bapa terutamanya yang berada. Ini untuk memudahkan pihak sekolah dan PIBG mengadakan program ilmiah kerana dana sekolah buat masa ini adalah tidak mencukupi. Beliau berpendapat bahawa sumbangan Kementerian Pelajaran kepada sekolah menunjukkan keprihatinan tinggi Kerajaan kepada institusi pendidikan dalam memperkasakan warganegaranya melalui modal insan. .jpg) Pada majlis tersebut juga beliau mengumumkan sumbangan Yayasan Pendidikan Cheras sebanyak RM50 untuk setiap murid berjumlah RM1250.00 yang akan disalurkan ke dalam akaun PIBG sekolah bagi kegunaan aktiviti murid. Sementara itu sebanyak RM1000.00 akan disumbangkan kepada Kelab Guru dan RM1000.00 lagi untuk PIBG sekolah. .jpg) |