|
Page 1 of 12 Tangani segera isu sosial - RosmahKUALA LUMPUR 27 Ogos - Masyarakat diingatkan agar bertindak segera menangani gejala sosial yang mendukacitakan dewasa ini kerana ia akan merosakkan imej negara dan rakyat yang selama ini dianggap amat prihatin, pemurah dan penyayang.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini kerana gejala sosial yang meruncing boleh memberikan isyarat yang tidak tepat mengenai negara.Katanya, ia juga boleh mencerminkan sikap tidak peka masyarakat khususnya dalam menangani isu-isu seperti penderaan kanak-kanak, memperkosa kanak-kanak, pembunuhan kejam, mempergunakan wanita bagi tujuan penyeludupan dadah dan pembuangan bayi.
Justeru beliau meminta supaya masyarakat terutama ibu bapa dan penjaga meningkatkan pemantauan dan kawalan ke atas segala kegiatan anak-anak remaja mereka."Sebagai seorang ibu, apa yang amat memilukan saya ialah berkenaan pembuangan bayi yang tidak berdosa yang semakin berleluasa. Lebih-lebih lagi ketika umat Islam tekun menjalani ibadah puasa serta mengejar ganjaran pahala berganda di bulan Ramadan ini."Kejadian ini jelas menunjukkan sikap tidak bertamadun sesetengah golongan masyarakat kita yang zalim sehingga sanggup melakukan perkara terkutuk dan hina tersebut."Mengambil kesempatan dalam bulan Ramadan ini, ibu bapa hendaklah memberi penekanan akan aspek keagamaan kepada anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang bakal menjurus ke arah gejala yang semakin menular sejak akhir-akhir ini," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2010 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi YPC, Datuk Syed Ali Alhabshee.Pada majlis tersebut seramai 444 pelajar termasuk 85 pelajar bukan Islam daripada 36 sekolah angkat YPC yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin serta anak yatim menerima sumbangan.Masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang dan beg cenderamata mengandungi sejadah, kain dan biskut raya.Rosmah berkata, ibu bapa dan penjaga juga perlu mendedahkan anak-anak mereka dengan nilai-nilai kerohanian serta kesedaran moral yang dituntut oleh agama.
Ini kata beliau, mampu membantu untuk membimbing anak-anak remaja daripada terjerumus ke kancah gejala sosial yang semakin meruncing ketika ini.Sementara itu Syed Ali berkata, selain menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, yayasan tersebut turut melaksanakan program dan aktiviti motivasi dan kecemerlangan untuk pelajar di sekolah-sekolah angkat. MAJLIS PELANCARAN E-ULANGKAJI DANE-BANK SOALAN SERTA MAJLIS BERBUKA PUASAYAYASAN PENDIDIKAN CHERAS (YPC) JUMAAT 3 Sept 2010 - Pada hari ini YPC melangkah lagi ke hadapan dengan memperkenalkan satu projek terbaru iaitu Program WEB 2 dalam 1 iaitu E-ULANGKAJI DAN E-BANK SOALAN. Ini merupakan program pembelajaran berasaskan Internet untuk kegunaan guru dan pelajar di Sekolah-Sekolah Angkat YPC. Projek terbaru YPC ini dilancarkan secara rasmi oleh Y.Bhg Dato’ Noor Rezan Bt Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran – Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadar ahíla Datuk Wira Syed Ali Alhabshee selaku Pengerusi YPC dan En. Jamaludin Abdullah Timbalan Pengarah Pelajaran, PPD Pudu-Bangsar. Objektif YPC memperkenalkan program ini adalah untuk merapatkan jurang pencapaian anatara pelajar cemerlang dan pelajar lemah dan seterusnya melonjak prestasi pelajaran di kalangan pelajar. Selain itu, YPC berharap program yang diperkenalkan ini dapat meningkatkan penggunaan ICT di kalangan masyarakat selaras dengan matlamat Kerajaan dalam membudayakan penggunaan ICT seluruh negara. E-ULANGKAJI merupakan satu pakej program ulangkaji untuk pelajar Sekolah Rendah di Tahun 4, 5 dan 6 dan juga untuk pelajar Sekolah Menengah di Tingkatan 1, 2 dan 3. Subjek untuk Sekolah Rendah (4,5,6) : English-Grammer, Bahasa Malaysia-Tatabahasa, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Sains dan Matematik. Subjek untuk Sekolah Menengah (1,2,3) : English-Grammer, Bahasa Malaysia-Tatabahasa, Geografi, Sejarah, Sains dan Matematik.
Kelebihan program E-ULANGKAJI : mengandungi 60,000 soalan objektif dan subjektif mengikut sukatan pelajaran terbaru, e-laporan pelajar, e-pemarkahan, e-notis guru, e-penilaian bulanan dan e-dewan peperiksaan.
Bersama Bantu Kumpul Dana Aktiviti Sekolah - TPMKUALA LUMPUR 21 Julai - Pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan amal dan anggota masyarakat yang prihatin diseru bersama membantu menyalurkan bantuan dana untuk menjalankan aktiviti murid di sekolah.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, tanggungjawab dalam menyediakan dana untuk pelbagai aktiviti sekolah juga tidak seharusnya ditanggung oleh kerajaan semata-mata.
"Aktiviti di dalam dan luar bilik darjah dapat membantu perkembangan minda dan emosi murid secara holistik."Ini termasuklah program motivasi, pendidikan kerohanian, latihan kepimpinan, kesukanan dan bimbingan kerjaya untuk membantu perkembangan potensi setiap murid."Namun, masalah kekurangan dana sering dihadapi pihak sekolah. Sumber yang terhad akan menghalang aktiviti untuk murid walaupun permintaan untuk menganjurkan pelbagai program di sekolah amat tinggi," katanya ketika berucap merasmikan ulang tahun ke-10 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Puan Seri Norainee Abdul Rahman; Penaung YPC, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi dan Pengasas YPC, Datuk Syed Ali Al-Habshee; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyampaikan Anugerah Guru Bestari, Anugerah Kepimpinan Dinamik untuk pengetua dan guru besar serta Anugerah Kepimpinan Mahasiswa anjuran YPC kepada penerima-penerima terpilih.
Muhyiddin yang juga merupakan Menteri Pelajaran menegaskan, pihak sekolah akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan program bermanfaat jika sumber dana yang diperoleh tidak mencukupi.
"Untuk itu, institusi sekolah perlu diperkasakan dan setiap sekolah perlu dibantu dalam mendapatkan dana mencukupi untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang penting kepada perkembangan potensi murid. "Dalam konteks ini, program sekolah angkat YPC menjadi satu contoh terbaik bagaimana tanggungjawab sosial dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan sebuah badan amal melalui kerjasama berterusan dengan pihak kerajaan.
"Saya berharap agar program sekolah angkat ini dapat dikembangkan ke sekolah-sekolah lain pada masa hadapan agar lebih ramai murid dapat menerima manfaatnya," ujarnya. Muhyiddin turut memuji tindakan Syed Ali yang mempelopori program sekolah angkat di kawasan sekitar Cheras sejak 1994 dengan 19 sekolah diambil sebagai sekolah angkat sewaktu penubuhan YPC pada 2000 dan kini telah berjumlah 36 sekolah. TPM RASMI MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE–10 YPCYayasan Pendidikan Cheras (YPC) akan meraikan majlis sambutan ulang tahun yang ke-10 penubuhannya, 21 Julai 2010 (Rabu) pada pukul 8 malam bertempat di Aras 3, Grand Ball Room, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).Majlis gilang-gemilang itu akan disempurnakan perasmiannya oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.Hadir sama isteri beliau, Yang Berbahagia Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.Seramai kira-kira 1500 orang tetamu jemputan termasuk para pelajar dan guru serta warga pendidik yang mewakili 36 buah sekolah-sekolah angkat YPC akan hadir di majlis tersebut.Turut hadir pegawai-pegawal pelbagai agensi kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, mantan pengetua dan guru-guru besar sekolah angkat YPC,Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan. Bersempena dengan majlis tersebut, Tan Sri Muhyiddin akan menyampaikan Anugerah Guru Bestari 2010 kepada 36 guru-guru yang terpilih dan mereka bakal menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM500.00, sebuah komputer riba, telefon bimbit, sijil serta hadiah iringan.Anugerah Guru Bestari telah dimulakan sejak tahun 2001 yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan merupakan pengikirafan berprestij YPC terhadap sumbangan, pengorbanan dan kegigihan warga pendidik dalam usaha membentuk generasi pelajar berilmu dan berwawasan.Selain Anugerah Guru Bestari, pada malam itu juga buat julung-julung kalinya YPC memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Mahasiswa.Seramai 12 orang mahasiswa akan menerima sumbangan wang tunai RM1,000.00, sijil dan hadiah iringan setiap seorang.YPC juga turut memperkenalkan Anugerah Khas Kecemerlangan Mahasiswa kepada satu orang penerima yang bakal menerima sumbangan RM1,000.00, sijil dan hadiah iringan.Buat pertama kalinya juga YPC turut mengadakan Anugerah Kepimpinan Dinamik yang membabitkan dua orang guru yang mewakili dua buah sekolah rendah dan menengah. Mereka juga akan menerima hadiah wang tunai, sijil dan hadiah iringan.
Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Yayasan Pendidikan Cheras akan di adakan pada 21 Jualai 2010 ( Rabu ) bertempat di Grand Ball Room, Tingkat 3, Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC bermula pada pukul 8.00 malam. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Pada malam tersebut juga berlangsungnya Anugerah Guru Bestari YPC 2010.
YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS SENTIASA KENANG JASA BAKTI GURU16 Mei 2010 – Yayasan Pendidikan Cheras mengucapkan ‘Terima Kasih Cikgu’ atas komitmen dan kegigihan guru melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam semua kegiatan baik di dalam ataupun di luar bilik darjah. Peranan guru sangat mencabar dalam mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara setelah dewasa nanti. Bagi menghargai dan mengiktiraf jasa guru, Yayasan Pendidikan Cheras seperti tahun-tahun yang lepas akan menghadiahkan Kek Hari Guru kepada semua 36 Sekolah-Sekolah Angkat YPC pada tahun ini. Di samping itu juga, setiap 36 Sekolah Angkat akan menerima peruntukan kewangan untuk mengadakan jamuan Hari Guru. (Berikut adalah Perutusan Hari Guru daripada Pengerusi YPC)PERUTUSAN HARI GURU 2010 Kepesatan pembangunan dan globalisasi negara hari ini menjadikan tugas sebagai pendidik semakin mencabar dan memerlukan kekuatan serta jati diri yang tinggi. Setiap pendidik perlulah bijak dalam mengintegrasikan nilai-nilai iman dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar bagi membentuk pelapis negara yang berketrampilan disamping mempunyai nilai akhlak yang mulia sekaligus dapat memajukan diri masyarakat negara ini. Hari ini, nilai dan norma masyarakat kita telah banyak berubah. Keperluan dan kehendak juga turut berubah seiring dengan kemajuan pendidikan. Pendidik yang berkesan bukan sahaja pendidik yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku, tetapi peranan pendidik sebagai agen perubahan dan bersedia dalam menerima kritikan yang boleh membantu meningkatkan profesion pendidikan. Dalam hal ini, pendidik perlu menjadi Change-Master Leader, yang mana menurut Rosabeth Moss Kanter aspek tersebut mampu menggenggam masa depan. Oleh itu, pendidik mestilah sentiasa bersikap inovatif dan berfikiran kreatif disamping strategi dan teknik pengajaran yang digunakan mestilah sentiasa dikemaskini sejajar dengan peredaran pendidikan di mana pelajar hari ini memiliki pemikiran serta pengalaman yang tinggi berbanding pelajar sepuluh tahun yang lalu. Era ini pelajar lebih terdedah dengan pelbagai maklumat melalui pelbagai jenis media yang membantu dalam meransang pemikiran mereka dan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Sebagai agen perubahan, pendidik perlulah memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar untuk memanfaatkan pengalaman yang mereka peroleh dan mengaplikasikannya dalam proses pembelajaran. Sesuai dengan harapan dan peranan ini, warga pendidik khususnya perlulah memperbaharui corak pengajaran mereka disamping menanam semangat dan iltizam yang tinggi dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Dengan adanya pendidik seperti ini, maka akan lahirlah pelapis masyarakat yang berilmu, berketrampilan dan berdaya saing. Selamat Hari Guru 2010 Cikgu Datuk Wira Syed Ali Alhabshee Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras
KERJAYA DOKTOR TUNTUT PENGORBANAN MASA Seramai 250 pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur di beri pendedahan mengenai kerjaya di bidang perubatan menerusi program ceramah motivasi yang di anjurkan oleh Yayasan Pendidikan Cheras pada 16 April 2010 bertempat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Ceramah di sampaikan oleh Dr. Nani Atikah Yahaya seorang doktor perubatan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun sebagai seorang doktor di sektor awam dan juga swasta. Dr. Nani Atikah Yahaya berkelulusan M.B.B.S Karachi memberi tips dan panduan berguna kepada pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di bidang perubatan. Setiap individu yang ingin menjadi doktor mesti sanggup mengorbankan masa kerana doktor bertugas siang dan malam termasuk hari cuti. Subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris amat penting sekiranya ingin menjadi seorang doktor di samping sifat mesra kepada pesakit perlu ada pada seorang doktor. PELAJAR DI GALAK SERTAI AKTIVITI YANG MEMBINA SAHSIAH DIRI SK Yaakob Latif 2 meneruskan tradisi menganjurkan Kem Modal Insan untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6 pada 15 April 2010 bertempat di padang sekolah SMK Yaakob Latif.Program selama 3 hari 2 malam itu bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dari semua aspek, memantapkan sahsiah pelajar serta mendorong para pelajar untuk berfikiran positif, kreatif dan kritis.

Yayasan Penddikan Cheras sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada semua Sekolah-Sekolah Angkat di bawah naungannya untuk mengadakan program yang berfaedah kepada pelajar selaras dengan matlamat YPC untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berketrampilan dan berdaya saing.
“ Para pelajar perlu mempunyai sifat amanah, rajin, cergas, adap mulia dan tidak mudah putus asa sekiranya ingin menjadi pelajar yang cemerlang. Di samping itu, pelajar perlu menerapkan formula SATU iaitu sedia awal, tumpuan penuh dalam kelas dan ulangkaji pelajaran sekiranya ingin berjaya dalam pelajaran…” demikian ujar saudara Mohd Ismail Haji Mohd Nor Pegawai Khas kepada Datuk Wira Syed Ali Alhabshee sewaktu berucap dalam Majlis Perasmian Kem Modal Insan SK Yaakob Latif 2.
Seramai 60 pelajar yang aktif dalam pasukan beruniform dan persatuan serta terdiri dari berbilang bangsa dan agama mengambil bahagian dalam program tersebut.SEMINAR “STRESS MANAGEMENT” BANTU GURU MENGURUS TEKANAN DI TEMPAT KERJA 27 Mac 2010 – Seramai 100 orang peserta terdiri daripada guru sekolah menengah dan ahli wanita UMNO telah menghadiri Seminar “Stress Management” anjuran Biro Latihan UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras bertempat di Pusat Rekreasi Cheras. Objektif Seminar tersebut bertujuan supaya guru-guru sekolah angkat YPC dapat mengurus tekanan yang dihadapi melalui teknik-teknik yang terkini dan kaedah yang berkesan. Seminar selama setengah hari itu berjaya memberi lebih kefahaman kepada peserta mengenai definisi tekanan, mengenal pasti tekanan diri sendiri, teknik-teknik mengatasi tekanan diri, pengurusan diri, kebahagiaan diri dan keluarga. ‘Seminar “Stress Management” akan di perluaskan kesemua Sekolah-Sekolah Angkat YPC kerana guru merupakan sumber manusia yang penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkualiti.” Ujar Syed Ali sewaktu berucap di Majlis Penutup Seminar tersebut. Turut hadir ialah Penegrusi Biro Latihan UMNO Bahagian Cheras, Puan Hajah Zurainah Musa.
KOLEJ YPC TUBUH UNIT SUKARELAWAN KEMPEN CEGAH JENAYAH 4 Mac 2010 – Kolej YPC dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras telah mengadakan Majlis Pelancaran Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar IPTS tentang kesukarelaan membantu masyarakat mencegah jenayah. 

Amalan sukarelawan atau “volunterism” bukan perkara baru. Di peringkat Antarabangsa, peranan sukarelawan mendapat pengiktirafan PBB. Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu revolusi dan ketetapan bahawa 5 Disember setiap tahun di sambut sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa. Ketetapan ini di buat pada 17 Disember 1985 di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Hari Sukarelawan Antarabangsa telah memberi peluang kepada sukarelawan, masyarakat umum, pihak kerajaan dan agensi kerajaan serta pihak swasta bekerjasama bagi mencapai sesuatu tujuan berasaskan semangat kesukarelaan. Sukarelawan membolehkan semua Negara mempromosikan sikap tanggungjawab, disiplin, semangat kerjasama cinta negara dan sifat prihatin rakyat merka kepada dunia. 

Unit sukarelawan Kempen Cegah Jenayah Kolej YPC telah di rasmikan oleh Superitendan Abd Rahim Hamzah, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras. Turut hadir ialah En. Mohd Ismail Hj. Mohd Nor yang mewakili Pengerusi YPC serta Dr. Noel Robert, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej YPC. Ini adalah kali kedua program kerjasama Kolej YPC dengan IPD Cheras di adakan. Sebelum ini, Majlis Dialog di antara Kolej YPC dengan Ketua Polis Daerah Cheras telah diadakan pada tahun 2009. 
Seramai 400 pelajar Kolej YPC diberi penerangan tentang Rakan Cop dan peranannya. Disamping itu, pelajar juga telah menyaksikan demonstrasi ragut dan pertunjukan T-Baton.YPC PERLU DIJADIKAN CONTOH – RAJA NONG CHIKMENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Dato’ Raja Nong Chik B. Dato’ Raja Zainal Abidin mahu Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) mencontohi usaha gigih Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dalam melahirkan pelajar cemerlang.

Beliau berkata, usaha gigih dan berterusan yang dimainkan oleh YPC untuk meningkatkan kecemerlangan dunia pendidikan di Wilayah Persekutuan dan sekitar Parlimen Cheras amnya harus diberikan sokongan."Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar amat berbangga dengan kewujudan YPC yang sentiasa mengambil berat dalam bidang pendidikan," tegasnya.Raja Nong Chik menyatakan demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2009 anjuran YPC di Pusat Rekreasi Cheras pagi ini (Selasa).
Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran PPD Pudu-Bangsar, Jamaludin Abdullah, Timbalan Ketua dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mahadi Haji Shukor, Datuk Md. Nasir Abdul Ghani, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajah Zurainah Musa, Ketua Pemuda, Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Puteri, Puan Sarina Shariff dan kepimpinan empat peringkat UMNO Bahagian.Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang bertungkus lumus berusaha meningkatkan pembangunan pembelajaran di Cheras, Raja Nong Chik berkata kegigihan tersebut seharusnya dicontohi oleh kawasan lain di Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau lagi, anugerah cemerlang kepada pelajar dan sekolah-sekolah angkat YPC akan menjadi persaingan sihat antara sekolah-sekolah bagi melahirkan generasi berilmu yang cemerlang.Sementara itu, Syed Ali dalam ucapan aluannya menjelaskan, peranan yang dimainkan oleh YPC sejak 10 tahun penubuhannya telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang."Kejayaan cemerlang para pelajar adalah hasil dedikasi para guru dan ibu bapa yang sentiasa berusaha gigih untuk memperolehi keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan," katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras turut mengumumkan YPC akan menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya yang bakal diadakan pada 21 Julai depan dan dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.Pada majlis yang berlangsung hari ini, seramai 87 pelajar daripada 12 sekolah angkat YPC yang mencapai keputusan semua 'A' SPM 2009 menerima wang tunai RM300 setiap seorang, buku motivasi, baucer makan dan sijil penghargaan.Manakala enam sekolah angkat YPC terpilih menerima anugerah cemerlang berdasarkan peratusan pelajar mencapai keputusan 'A'.Kategori sekolah kawalan tempat pertama SMK Seri Bintang Selatan 12.77%, tempat kedua SMK Seri Bintang Utara 10.1% dan tempat ketiga SM Teknik Kuala Lumpur 2.98%. Manakala kategori sekolah bukan kawalan pula tempat pertama SMK (P) Pudu 2.98%, tempat kedua SMK Convent Jalan Peel 2.69% dan tempat ketiga SMK Cheras 1.19%.
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SPM 2009 YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS 
Tetamu Kehormat: Y.B.M. Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal AbidinMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Tarikh : 30 Mac 2010 (Selasa) Masa : 11.00 pagi Tempat : Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel
RAKYAT DIDAHULUKANPENCAPAIAN DIUTAMAKANUtusan Malaysia-YPC taja biasiswa RM1 juta PUTRAJAYA 3 Mac 2010- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan skim Biasiswa Utusan-Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) bernilai RM1 juta kepada 200 pelajar kurang berkemampuan bagi melanjutkan pelajaran ke Kolej YPC. Menurut Pengasas dan Pengerusi YPC, Datuk Syed Ali AlHabshee, tajaan biasiswa yang dilaksanakan sempena 10 tahun penubuhan yayasan itu akan diberikan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 khususnya dari golongan berpendapatan rendah. ''Objektif skim ini ditujukan kepada pelajar yang mendapat keputusan sederhana, sekurang-kurangnya lima kredit dan daripada keluarga berpendapatan rendah.' 'Pelajar yang terpilih akan diberikan biasiswa sebanyak RM5,000 bagi menjalani pengajian peringkat asas kursus Perniagaan dan Teknologi Maklumat selama setahun di Kolej YPC," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran skim biasiswa itu di sini hari ini. Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerjasama YPC dan akhbar Utusan Malaysia itu dimeterai melalui satu memorandum persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh Muhyiddin di kementeriannya di sini hari ini.Utusan Malaysia diwakili oleh Pengurus dan Pengarang Pendidikannya, Wahid Hashim manakala YPC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej YPC, Dr. Noel Robert. Hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak. Syed Ali berkata, pemberian biasiswa tersebut adalah mengikut gagasan konsep 1Malaysia iaitu terbuka kepada semua kaum melibatkan pelajar kurang berkemampuan dari seluruh negara. Beliau berkata, melalui sebuah jawatankuasa bersama, YPC dan Utusan Malaysia akan mengenal pasti pelajar yang layak menerima biasiswa berkenaan.''Tawaran biasiswa itu juga akan disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia mulai bulan ini melibatkan sesi pengambilan April ini. ''Pemberian biasiswa itu dibuat secara berperingkat dengan sesi ini disasarkan seramai 50 orang akan dipilih dan proses itu berjalan sehingga mencapai jumlah 200 orang pelajar," katanya. Katanya, pelajar yang terpilih itu berpeluang melanjutkan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi e-Perniagaan dan Pengurusan dengan kerjasama Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom. Katanya, YPC kini mempunyai 700 pelajar dan jumlah itu akan tingkatkan kepada 4,000 orang apabila kampus utama Kolej YPC di Taman Maluri, Cheras bernilai RM32 juta siap hujung tahun ini. Beliau berkata, sepanjang 10 tahun penubuhan YPC, sebanyak RM7 juta telah dikeluarkan bagi membantu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan. Sebelum ini YPC bekerjasama dengan Utusan Malaysia dalam program teknik dan strategi menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM menerusi portal pendidikan Utusan Malaysia. (Utusan Malaysia 4 Mac 2010) 252 PELAJAR MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PMR 2009 16 Januari 2010 - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang PMR 2009 untuk kali kesembilan berturut-turut sejak tahun 2001 lagi. Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai ‘A’ dalam semua subjek di samping untuk dijadikan contoh atau ‘role model’ kepada pelajar-pelajar lain supaya mencapai kecermelangan dalam bidang pelajaran. .jpg) Menurut Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, pihaknya percaya program sedemikian juga akan dapat menyuntik semangat pelajar untuk belajar lebih tekun lagi,
“Di samping memberi penghargaan atas usaha mereka, majlis ini juga menjadikan contoh kepada pelajar lain untuk belajar dengan lebih gigih lagi,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Cemerlang PMR 2009, di Dewan Utama Pusat Rekrasi Cheras.
Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi Syukor dan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak.
.jpg) .jpg)
Seramai 252 pelajar telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, setiap mereka yang memperolehi keputusan 9A akan menerima RM200, 8A, RM150 dan 7A, RM100.
Sementara itu, empat sekolah terpilih sebagai sekolah terbaik, kategori sekolah kawalan dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara dengan peratusan 34.19 peratus dan seramai 80 pelajar yang mendapat kesemua A dan mereka menerima RM1,000 berserta sijil penghargaan diikuti kedua SMK Seri Bintang Selatan seramai 80 pelajar juga dengan peratusan 30.08 peratus menerima RM750 berserta sijil penghargaan.
Manakala bagi Kategori Sekolah Bukan Kawalan dimenangi oleh SMK Perempuan Pudu dengan 17 pelajar turut menerima RM1,000 berserta sijil penghargaan dan kedua ialah SMK Convent Jalan Peel seramai 15 pelajar dengan hadiah RM750 dan sijil penghargaan.
Syed Ali juga berharap akan berlaku peningkatan dari tahun ke tahun supaya sekolah-sekolah di bahagian Cheras ini terus unggul menjadi yang terbaik di Malaysia.
PELABURAN JANGKA PANJANG UNTUK KECEMERLANGAN BOLASEPAK MALAYSIA DI PERINGKAT ASIA DAN DUNIA 21 Disember 2009. Yayasan Pendidikan Cheras mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontigen Bolasepak Negara Bawah 23 Tahun atas kejayaan memenangi Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA 2009 di Laos. Sesungguhnya, kejayaan Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 di perlawanan akhir menandakan ‘titik permulaan’ kebangkitan bolasepak negara di peringkat ASEAN. Ia juga membuktikan bahawa Malaysia tidak ketandusan pemain bolasepak yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Yayasan Pendidikan Cheras mencadangkan kepada Kerajaan supaya membuat pelaburan jangka panjang untuk memperkasakan skuad bolasepak negara bukan sahaja di peringkat ASEAN malah memburu cita-cita supaya menjadi pasukan bolasepak yang disegani di rantau Asia dan juga peringkat dunia. MEWUJUDKAN SEKOLAH BOLASEPAK MALAYSIA DI LUAR NEGARA. Persatuan Bolasepak Malaysia perlu berani membuat perubahan drastik ke atas sistem latihan skuad bolasepak negara bagi mencapai cita-cita rakyat Malaysia yang ingin melihat pasukan negara bersaing di peringkat yang lebih tinggi daripada rantau ASIA TENGGARA seterusnya layak bertanding ke Sukan Olimpik dan matlamat utamanya bertanding di pertandingan Piala Dunia. KENAPA PERLU WUJUDKAN SEKOLAH BOLASEPAK MALAYSIA DI LUAR NEGARA 1. FAKTOR IKLIM Faktor sejarah membuktikan bahawa majority negara yantg handal dalam permainan bolasepak datangnya daripada negara yang mempunyai iklim cuaca yang sejuk / sederhana sejuk seperti Sepanyol, German, Perancis, England, Itali ( negara Eropah), manakala Argentina, Brazil, Uruguay ( negara Amerika Latin ) dan Jepun serta Korea ( Negara Asia ). Faktor cuaca adalah penting kerana manusia cepat merasa letih dan tidak kreatif apabila berada dalam suhu yang panas dan ini merupakan fitrah seorang manusia. Contoh ‘output’ seorang pelajar yang belajar di dalam suasana yang panas dan tidak kondusif adalah ‘rendah’ berbanding dengan pelajar yang berada dalam suasana yang kondusif. Apabila kita berada dalam suasana yang kondusif, maka kreativiti akan meningkat dan seterusnya menghasilkan ‘output’ yang cemerlang. Bagi permainan bolasepak, negara yang mempunyai cuaca sejuk mempunyai ‘kelebihan’ untuk mengadakan latihan di atas padang dalam tempoh yang lebih panjang dan lama berbanding dengan negara yang bercuaca panas. Bagi negara-negara bercuaca panas yang handal dalam bolasepak di negara Afrika, pemain pemain mereka kebanyakannya bermain dengan kelab – kelab bolasepak yang berada di negara sejuk. 2.. PENDEDAHAN BERMAIN DENGAN PASUKAN YANG LEBIH KOMPETITIF Negara-negara Eropah mempunyai lebih banyak liga bolasepak di peringkat umur dan ini merupakan satu pendedahan yang amat baik bagi pasukan bolasepak ‘cilik’ negara. Pemain ‘cilik’ negara mendapat pendedahan awal untuk bersaing dengan pemain dengan yang mempunyai saiz fizikal yang lebih besar. 3. PEMILIHAN PEMAIN Persatuan Bolasepak Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan mengadakan pemilihan untuk memilih 20 hingga 30 pelajar berusia 12 tahun yang berbakat besar dalam permainan bolasepak untuk di hantar ke Sekolah Bolasepak Malaysia di luar negara pada setiap tahun ( kriteria utama pemain yang dipilih mestilah mempunyai skil menggelecek bola mengatasi lawan ) Terpulang kepada Kerajaan untuk memilih negara yang sesuai bagi mewujudkan Sekolah Bolasepak Malaysia, asalkan negara tersebut mempunyai iklim cuaca yang sejuk / sederhana sejuk dan mempunyai reputasi cemerlang dalam pembangunan bolasepak remaja. 4. PEMANTAUAN PRESTASI PEMAIN Pemain yang terpilih untuk menyertai Sekolah Bolasepak Malaysia di luar negara akan dipantau prestasi pada setiap tahun. Pada usia 15 tahun, pemain yang berada di luar negara ini perlu mengadakan pertandingan persahabatan dengan pemain bolasepak 15 tahun dalam negara (Malaysia) supaya kita dapat melihat keberkesanan program ini dan dijadikan sebagai satu kayu pengukur ( benchmark ). Jika ada pemain Sekolah Bolasepak Malaysia Luar Negara yang tidak melepasi tahap skil dan stamina yang ditetapkan, pemain ini boleh di ganti dengan pemain yang lebih berpotensi dan berbakat daripada skuad bolasepak 15 tahun dalam negara (Malaysia). 5. MEMBENTUK ‘TEAM WORK’ YANG MANTAP Pasukan Sekolah Bolasepak Malaysia Luar Negara ini akan berada dalam satu pasukan untuk tempoh jangkamasa yang panjang ( sejak berusia 13 tahun ) dan ini dapat membentuk ‘team work’ yang mantap tambahan lagi mereka sudah serasi dan mengenali rakan rakan sepasukan. KESIMPULAN Program seumpama ini tidak pernah di adakan oleh Kerajaan ataupun Persatuan Bolasepak Malaysia. Jika adapun, pemain bolasepak di hantar ke luar negara dalam tempoh masa yang singkat dan bukannya bermula pada usia 13 tahun. Justeru, inilah masanya negara kita mengambil langkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita yang diidamkan oleh rakyat Malaysia iaitu pasukan bolasepak negara setanding dengan pasukan handal di negara Asia, Olimpik dan juga dunia. Datuk Wira Syed Ali Alhabshee Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS SEDIAKAN INSENTIF KHAS UNTUK SEKOLAH DAN PELAJAR CEMERLANG DALAM SUKAN 21 Disember 2009 – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menyahut seruan Kerajaan yang inginkan setiap golongan masyarakat berperanan dalam melahirkan ahli sukan yang cemerlang di peringkat sekolah sebagai pelapis kepada jaguh-jaguh sukan negara. Pada hari ini SMK Seri Permaisuri Kuala Lumpur menerima sumbangan RM5,000.00 dan sijil penghargaan daripada YPC atas kejayaan menjadi juara keseluruhan olahraga MSSMKL Zon Pudu bagi tiga tahun berturut-turut iaitu 2007, 2008 dan 2009. Sumbangan ini merupakan pengiktirafan badan NGO kepada sekolah yang cemerlang dalam sukan dengan harapan kecemerlangan ini akan berterusan dan semua pihak berusaha lebih gigih untuk mencipta rekod sukan di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Selain daripada penghargaan kepada sekolah, YPC juga menyediakan insentif khas kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sukan di peringkat kebnagsaan dan antarabangsa. Senarai pelajar yang menerima wang tunai dan sijil penghargaan ialah seperti berikut : | Nama / Sekolah | Pencapaian | 1. Ahmad Khidir Syafiq b. Zulkarnain ( SMK Seri Permaisuri ) 2. Nur Fahmi b. Mohd Pauzee ( SMK Seri Permaisuri ) 3. Nur Syasya Syazwina bt Azman ( SMK Seri Permaisuri ) 4. Shah Rezha b. Abd Samat ( SMK Seri Permaisuri ) 5. Shafie b. Azli ( SMK Seri Permaisuri ) 6. Muhammad Syafwan b. Syahlan ( SMK Seri Permaisuri ) | Mewakili skuad bolasepak negara Bawah 17 tahun ( 2009 ) Pingat Emas Bolasepak MSSM Bawah 15 tahun Pingat Emas Bola Jaring MSSM Bawah 15 tahun Pingat Perak olahraga merentas desa MSSM Pingat Perak Bolasepak MSSMBawah 18 tahun Pingat Perak Bolasepak MSSMBawah 18 tahun |
Penyampaian sumbangan ini disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Sulaiman Wak. KAMPUS BARU KOLEJ YPC DIJANGKA SIAP DISEMBER 2010 Cheras 6 Disember 2009 - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) hari ini melakar satu lagi peristiwa bersejarah yang mana majlis upacara pecah tanah ‘Kampus Baru’ Kolej YPC telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi di tapak pembinaan No. 30, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras. Sesungguhnya, kampus baru Kolej YPC akan menjadi ‘simbolik titik permulaan’ untuk pihak pengurusan pentadbiran serta tenaga pengajarnya merancang dan berusaha lebih gigih bagi mencapai objektif Kolej YPC khususnya dan Kementerian Pengajian Tinggi amnya dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berdaya saing.
“ Kolej YPC merangkak dari bawah. Kami bermula pada tahun 2001 dengan pelajar seramai 50 orang dan beroperasi menerusi bangunan rumah kedai satu lot, dua tingkat di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras. Kami melalui pahit getir, susah payah dengan penuh semangat dan tabah. Kami berjaya tambah bilangan pelajar sedikit demi sedikit kepada 150 pelajar , 300 pelajar, 500 pelajar dan sehingga hari ini mencapai jumlah 700 pelajar dengan menyewa bangunan rumah kedai empat lot empat tingkat….” ujar Syed Ali, Pengerusi YPC. Turut hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu ialah Penaung YPC Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Ahmad Fuad Ismail, Ketua Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Dato’ Syed Ahmad, Ahli Lembaga YPC Dato’ Seri Yahya Jalil, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur En. Sulaiman Wak, Ketua Eksekutif Kolej YPC Dr. Noel Robert dan Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Tan Sri Tee Hock Seng. Pembinaan Kampus Baru Kolej YPC menelan belanja RM 32 juta termasuk kos tanah dan fasiliti dengan keluasan saiz binaan 112,000 kaki persegi dan dijangka siap pada bulan Disember 2010. Kampus itu juga mengandungi lima tingkat dengan pelbagai kemudahan dan dapat menampung jumlah pelajar seramai 4,000 orang.
Di bangunan sedia ada sekarang ini, Kolej YPC hanya menawarkan satu kursus di peringkat Sijil, dua kursus di peringkat Diploma dan satu kursus di peringkat Ijazah. Apabila kampus baru siap kelak, Kolej YPC akan menawarkan lebih banyak kursus iaitu tambahan tujuh lagi kursus Ijazah, empat kursus Diploma dan satu lagi kursus Asas. Kursus sedia ada sekarang
Foundation In Business & Information Technology Diploma In Business & Information Technology Diploma In Accountancy Degree In e-Business Technology & Management (3+0) program berkembar dengan LJMU, UK. Tambahan kursus | Asas | Diploma | Ijazah | | Foundation In Science | Diploma In Science | Degree In Accounting | | | Diploma In Management | Degree In Business | | | Diploma In Entrepreneurship | Degree In Management | | | Diploma In Hotel Managemet | Degree In Entrepreneurship | | | | Degree In Hotel Management | | | | Degree In IT and Multimedia | | | | Degree In Computer Animation and Visualization |
Kolej YPC menyediakan peluang pendidikan kepada golongan pelajar yang kurang mampu, kerana yuran pengajian adalah sederhana dan berpatutan. Pelajar yang mengikuti program ‘Foundation’ ataupun Kursus Asas dan mencapai keputusan lima ‘Credit’ dalam peperiksaan SPM akan diberi biasiswa penuh satu tahun pengajian. Kolej YPC memperuntukkan sebanyak RM 500,000 hingga RM 1 juta untuk Biasiswa Penuh tersebut. Selain itu, semua pelajar di Kolej YPC diberi satu unit Komputer Riba atau Lap Top percuma setiap seorang untuk menggalakkan para pelajar mengguna dan mengaplikasikan ICT dalam pembelajaran. Kolej YPC telah lama mengamalkan Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Y.A.B, Dato Seri Najib Tun Razak. Kolej YPC menyemai konsep ini sejak 2001 lagi dengan adanya pelajar bumiputera 60%, pelajar Cina 20% dan pelajar India 20%. Bermula pada 12 Disember 2009, pada setiap hari Sabtu, Kolej YPC bersama Yayasan Pendidikan Cheras akan mengadakan Program Kelas Bimbingan percuma untuk pelajar SPM 2010. Seramai 120 pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah akan mengikuti kelas bimbingan percuma bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas bimbingan ini juga berdasarkan konsep 1Malaysia, kerana melibatkan pelajar melayu, Cina dan India. Buat masa ini Kolej YPC hanya boleh keluarkan sijil dan diploma sahaja. Untuk kursus Ijazah pula, Kolej YPC perlu mengadakan kerjasama dengan universiti luar negara dan Ijazah dikeluarkan oleh universiti luar negara. Program kerjasama degan universiti luar negara menelan belanja yang amat tinggi. Ramai pelajar Kolej YPC terpaksa menamatkan pengajian di peringkat Diploma dan mencari peluang pekerjaan, walaupun sebenarnya mereka berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah. Oleh sebab itu Kolej YPC akan memohon untuk mendapatkan status ‘Kolej Universiti’ supaya Kolej YPC dapat mewujudkan program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang ‘tersendiri’. Tambahan lagi, lebih banyak kursus akan ditawarkan dengan kos berpatutan dan mampu dibayar oleh pelajar. Juga selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang berilmu dan berpendidikan atau Malaysian as knowledge workers. TERAPKAN FORMULA 5S DI TABIKA KEMAS – AHMAD MASLAN Kuala Lumpur – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad Maslan menggariskan formula ‘5S’ untuk diterapkan di Tabika KEMAS dalam usa kerajaan melahirkan generasi para-sekolah yang berilmu dan berwawasan. Katanya, lima formula tersebut ialah solat, semangat, sungguh-sungguh, same-same dan sistematik. “Saya berharap guru-guru atau penyelia tabika serta ibu bapa dapat menjadikan formula 5S ini sebagai salah satu daripada kegiatan bersepadu untuk melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas.” katanya. Menurut beliau, anak-anak di peringkat para-sekolah perlu ditanamkan dengan sifat-sifat berani dan percayakan kebolehan diri dengan mengutamakan amalan tersebut. Katanya, amalan mengerjakan solat, bersemangat untuk maju, bersungguh-sungguh atau komited dalam pembelajaran, sentiasa bersama bermuafakat dan sistematik akan menjadi dorongan kepada mereka yang maju. “ Di peringkat pra-sekolah, anak-anak perlu dilatih dan diberikan keyakinan diri sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya memberikan lebih perhatian dan tumpuan kepada ank-anak dalam proses pembesaran supaya pergerakan mereka sentiasa terkawal. Ahmad Maslan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mini Konvokesyen Tabika KEMAS Parlimen Cheras 2009 yang diadakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras (PRC), 7 November lalu. Sempena majlis tersebut, seramai 30 orang pelajar tabika menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2009. 215 PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH ANGKAT YPC CAPAI ‘5A’ UPSR 2009 20 November 2009 – Yayasan Pendidikan Cheras meneruskan tradisi Anugerah Cemerlang UPSR apabila seramai 215 pelajar yang mencapai ‘5A’ UPSR 2009 diraikan dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Kompleks Sri Bintang dengan dihadiri seramai 500 orang termasuk Ibu Bapa dan Guru. 
Setiap pelajar menerima wang tunai RM 50.00 dan sijil penghargaan. Empat sekolah terbaik berdasarkan jumlah peratus pelajar mencapai ‘5A’ turut menerima anugerah. Bagi kategori Sekolah Kawalan, tempat pertama jatuh kepada SK Seri Bintang Utara (34.85%) dan tempat kedua jatuh kepada SK Seri Bintang Selatan (16.7%). Manakala kategori Sekolah Bukan Kawalan, tempat pertama disandang SK Seri Mega (31.8%) dan tempat kedua dimenangi SK Taman Midah 1 (20.57%). Untuk kedua-dua kategori sekolah, tempat pertama menerima hadiah RM 1,000.00 dan sijil penghargaan manakala tempat kedua menerima hadiah RM 750.00 dan sijil penghargaan.
“ Saya ucap tahniah kepada semua pelajar yang mencapai 5A semoga anda semua akan menjadi ‘role model’ ataupun contoh kepada pelajar-pelajar lain dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran” ujar Dato’ Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam ucapan beliau. MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SMK (P) PUDU BERJAYA KUMPUL DANA RM 140,000 SMK (P) Pudu telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal pada 29 Oktober 2009 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras bertujuan untuk mengutip dana sekolah. Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berjaya mengumpul dana berjumlah RM 140,000 menerusi jualan meja kepada lebih 1,000 tetamu yang hadir. “ Yayasan Pendidikan Cheras merasa bangga kerana persembahan pelajar sekolah pada malam ini melambangkan konsep Satu Malaysia di mana melibatkan pelajar berbangsa Melayu, Cina dan India….” ujar Syed Ali. Tegas beliau lagi, perpaduan bangsa dapat diperkukuhkan sekiranya amalan konsep Satu Malaysia ini dapat di sahut oleh semua pihak khususnya di peringkat sekolah lagi. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, En. Sulaiman Wak dan Yang Di Pertua PIBG SMK (P) Pudu, Datuk Tan Koon Teck. PELAJAR DI SARAN JANGAN ABAIKAN IBU BAPA DI HARI TUA SMK Seri Bintang Utara telah mengadakan majlis Graduasi Tingkatan 5 bertempat di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2009 bertujuan untuk menghargai jasa dan sokongan ibu bapa kepada pelajar dan sekolah dalam mendidik dan memberi panduan kepada pelajar ke arah melahirkan insan yang berpendidikan dan bersahsiah tinggi. “ Selain kejayaan akademik, perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah penguasaan dalam pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi serta mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah….” Kata Pengerusi YPC semasa merasmikan majlis. 

Tambah beliau lagi, apabila pelajar telah dewasa dan berjaya nanti, mereka jangan mengabaikan ibu bapa sebaliknya berikan penuh kasih sayang kepada ibu bapa yang telah berkorban demi anak-anak. Beliau rasa sedih kerana jumlah bilangan rumah orang-orang tua di Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan, ini bermakna anak-anak ‘rela’ ibu bapa mereka tinggal di rumah orang-orang tua dan ‘trend’ ini cukup membimbangkan dalam institusi kekeluargaan. Sempena majlis tersebut YPC akan membantu sekolah dalam menyediakan ‘jubah graduasi’ serta intensif kepada pelajar yang mencapai keputusan ‘A’ dalam semua subjek SPM 2009. 
371 PELAJAR TERIMA BANTUAN HARI RAYA 2009 10 September 2009 – Yayasan Pendidikan Cheras ( YPC ) telah menganjurkan Majlis Bantuan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan pada 10hb September 2009 di Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel. Seramai 371 pelajar telah menerima bantuan Hari Raya sebanyak RM 100.00 seorang beserta barang makanan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Y.A.Bhg. Puan Sri Noorainee Abdul Rahman isteri kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.  Ketibaan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di sambut dengan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W  Sumbangan Hari Raya diagihkan kepada 36 sekolah-sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras  Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras sentiasa prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan “ Saya berharap kerja-kerja amal kebajikan yang dilakukan oleh YPC ini akan di contohi oleh badan-badan NGO lain, khususnya yang ada di Kuala Lumpur. Pada saya, YPC sudah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia untuk memupuk perpaduan antara kaum di samping mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat” ….ujar Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Majlis tersebut turut dihadiri oleh En. Jamaludin Abdullah, Timbalan Pengarah Pelajaran Zon Pudu-Bangsar, Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Angkat YPC, Jawatankuasa UMNO Bahagian 4 Peringkat dan penduduk setempat. 
Antara tetamu jemputan yang hadir untuk memeriahkan majlis 
Puan Sri Noorainee Abdul Rahman beramah mesra bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Angkat YPC 
Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendukung salah seorang penerima bantuan kategori OKU adik Nurul Antashah pelajar tahun 1 SK Seri Bintang Utara KEM JATI DIRI MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR
26 Julai- Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Portal Pendidikan Utusan Malaysia telah menganjurkan Program Motivasi dan Teknik Skor A UPSR 2009 bertempat di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Kuala Lumpur. Program tersebut telah disertai oleh Sekolah-Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras dan anak-anak ahli UMNO Bahagian Cheras dimana penyertaan ialah seramai 176 peserta. Program tersebut yang bermula seawal jam 7.30 pagi berakhir jam 5.00 petang yang turut dihadiri Kira-kira 200 ibu bapa. Majlis penutupnya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yusoff Bin HM Haniff, Setiausaha Politik kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri.
|