Yayasan Pendidikan Cheras - 'Peneraju Masyarakat Berilmu, Berketrampilan dan Berdaya Saing'

You are here: Home
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Anugerah Guru Bestari Print E-mail
Tuesday, 06 May 2008

Anugerah Guru Bestari

RASIONAL
Guru adalah pembentuk generasi akan datang. Pengorbanan mereka patut dihargai dan diberi pengiktirafan terutama daripada pemimpin masyarakat. Oleh itu Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Anugerah Guru Bestari pada setiap tahun (secara dwitahunan mulai 2006) kepada guru-guru yang terpilih di kalangan semua Sekolah-Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)

MATLAMAT
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru yang cemerlang bagi meningkatkan kualiti perguruan dan dapat menjadi contoh kepada rakan guru di samping merapatkan hubungan antara pemimpin masyarakat dengan warga pendidik setempat.

OBJEKTIF
  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru-guru yang cemerlang dalam perlaksanaan korikulum di sekolah 
  2. Mengenalpasti guru yang cemerlang peribadi, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunikasi dan potensi.
  3. Memberi dorongan kepada rakan guru untuk meningkatkan kualiti profesyen perguruan.
  4. Mengeratkan hubungan antara pemimpin masyarakat dengan masyarakat pendidik.

KONSEP BESTARI
Bestari diertikan sebagai seorang guru yang cemerlang dalam bidang perguruan. Konsep bestari dalam pemberian anugerah ini meliputi aktiviti perlaksanaan kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah secara bestari, berwawasan dan berdedikasi. Menunjukkan sifat-sifat serba boleh, penyayang, prohatin dan bermotivasi yang boleh menjadi penggerak kepada individu lain.

KRITERIA PEMILIHAN
Bertugas di Sekolah-sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan telah disahkan dalam jawatan kecuali guru pra sekolah. Telah berkhidmat di sekolah / tabika berkenaan sekurang-kurangya 1 tahun dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Tebuka kepada Guru Penolong Kanan dan gur-guru.

KRITERIA PENILAIAN

Kecemerlangan Peribadi             10%

Kecemerlangan Pengetahuan     20%

Kecemerlangan Kerja                 50%

Kecemerlangan Komunikasi        10%

Sumbangan kepada YPC           10%
 

Last Updated ( Wednesday, 03 December 2008 )
 
< Prev

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Events Calendar

« < September 2010 > »
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Who's Online

We have 9 guests online

Tarikh Kemaskini

 September 7, 2010, 4:38 am