Yayasan Pendidikan Cheras - 'Peneraju Masyarakat Berilmu, Berketrampilan dan Berdaya Saing'

You are here: Home
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
SM SAINS ALAM SHAH KUALA LUMPUR CATAT SEJARAH TINGKAT PRESTASI STRAIGHT ‘A’ SPM 2008 Print E-mail
Tuesday, 28 April 2009

Cheras, 28 April – SM Sains Alam Shah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang SPM 2008 kali ke-6, bertempat di Dataran ASiS, SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan sejak tahun 2004 ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008 di samping mengumpul dana bagi mengisi tabung Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG). Dana yang terkumpul akan digunakan untuk melengkapkan prasarana sekolah, membantu pelajar-pelajar miskin dan menganjurkan program-program kecemerlangan akademik. 

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah cemerlang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Bahagian Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hajah Noor Rezan di dalam ucapannya berkata, kejayaan SM Sains Alam Shah amat membanggakan apabila kebanyakan daripada pelajarnya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti ternama di luar negara. Beliau juga berharap PIBG dan para ibu bapa akan terus memberikan sokongan kepada sekolah kerana tanggungjawab melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja terletak di bahu pihak sekolah.

Terdahulu Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) telah menyumbang dana sebanyak RM26,800.00 kepada pihak sekolah bagi menjayakan majlis tersebut. Seramai 17 pelajar yang mencapai keputusan ‘Straight 1A’ dalam SPM 2008 menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.00, pen dan sijil, manakala seramai 95 pelajar yang mencapai ‘Straight A’ menerima hadiah wang tunai sebanyak RM150.00, pen dan sijil. Yayasan Pendidikan Cheras juga menyumbang sebanyak RM5,000.00 atas kejayaan SM Sains Alam Shah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan SPM 2008 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tempat ke-3 kebangsaan manakala RM5,000.00 lagi bagi Kelab Guru sebagai menghargai sumbangan guru-guru dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang ini juga diserikan dengan persembahan nasyid, zapin, nyanyian solo dan dikir barat oleh pelajar-pelajar ASiS. Kemuncak daripada persembahan malam tersebut adalah dengan kehadiran penyanyi Ezlynn yang memukau hadirin pada malam tersebut dengan nyanyian dua buah lagu popular beliau.

Sesungguhnya, Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang 2008 ini banyak meninggalkan nostalgia abadi kepada semua pelajar dan hadirin yang hadir pada malam tersebut.

Last Updated ( Tuesday, 26 May 2009 )
 
< Prev   Next >

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Events Calendar

« < September 2010 > »
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Who's Online

We have 11 guests online

Tarikh Kemaskini

 September 7, 2010, 4:38 am