|
Tuesday, 06 May 2008 |
Program & Aktiviti Sekolah AngkatMelalui program Sekolah Angkat, Yayasan Pendidikan Cheras menjadi badan penyelaras dan perlaksanaan seperti berikut: - Membantu pihak sekolah dalam aktiviti mencari sumber kewangan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
- Menyalur bantuan bagi menambah keperluan fizikal sekolah serta membaiki kemudahan asas yang sedia ada.
- Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)dalam menganjurkan berbagai program kokurikulum dan ko-kurikulum sekolah serta program amal.
- Melancarkan Anugerah Guru Bistari sebagai acara tahunan sebagai tanda penghargaan kepada guru yang cemerlang di setiap sekolah.
- Mewujudkan Biasiswa Kecil kepada 10 orang pelajar bagi setiap sekolah yang dipilih dari kalangan keluarga kurang mampu.
- Menganjurkan Khemah Motivasi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan setiap tahun secara berkumpulan.
- Biasiswa kecil kepada pelajar Tadika / Tabika dari Kemas dan Jabatan Perpaduan yang dipilih dari kalangan keluarga kurang mampu.
- Bantuan yuran peperiksaan untuk UPSR, PMR dan SPM bagi pelajar yang datang dari keluarga kurang mampu.
- Bantuan awal kepada pelajar yang menerima tawaran belajar di Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri mengikut keperluan dan kemampuan keluarga.
- Bantuan kecemasan / bencana alam kepada pelajar, keluarga pelajar dan guru.
| Program Sekolah Angkat bersama Kolej Teknologi YPC-iTWEB
|
Di bawah adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah usaha Institut Teknologi Web. | | | Datuk melawat Institut Teknologi Web untuk melihat AJK UMNO Cheras menghadiri kursus memahami Internet. | | | | | Pelajar-pelajar sekolah angkat Y.P.C iaitu pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Cheras mendengar taklimat kerjaya dalam bidang IT yang dianjurkan oleh IT Web. | | | | | Pengetua dan kaunselor Sekolah Angkat menerima sijil dalam kursus IT daripada Institut Teknologi Web. | | | | | Guru-guru kaunselor Sekolah-sekolah Zon Pudu termasuk sekolah angkat YPC menghadiri mesyuarat. |  | | | | Kursus membina laman web untuk sekolah-sekolah angkat YPC. |
|
|
Last Updated ( Wednesday, 03 December 2008 )
|